Tuesday, January 06, 2015

LAPORAN KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK SIRI 2/2014 ( HARI KELIMA)

Tarikh : 23 Disember 2014 (Selasa)
Tempat : Dewan Badminton MSNM / D'Village Resort

LAPORAN

1. Program hari ini diisi dengan 'Fitness Test' yang dijalankan oleh  pegawai ISN Bukit Jalil seramai 2 orang dan dibantu oleh 4 orang pegawai ISN Melaka di Dewan Badminton MSNM yang terletak bersebelahan Lapangsasar Menembak Ayer Keroh.

2. Seramai 44 orang atlet diuji dengan ujian yang telah disusun oleh pihak ISN. Untuk makluman,  dua orang atlet Johor perlu menembak pertandingab semula menggunakan scatt kerana masalah tidak menyimpan data/ tidak lengkap dan menyertai fitness test selepas tamat siri pertandingan.

3. Sesi petang atlet diberi masa rehat.

4. Sesi malam telah dijalankan majlis makan malam ringkas sebelum berakhir kem sesi 2/2014 dengan menjemput Pengarah MSNM , Hj Ismail b Abdol Jalil dan Ketua Unit USPTN Melaka, En Mohammad Zaki bin Zainal Abidin.

5. Memberi taklimat program 24 Disember 2014 bagi merumuskan kem dan sesi penyampaian hadiah dan penutup kem siri 2/2014.

Sekian.

No comments:

Post a Comment