Wednesday, November 13, 2013

LAPORAN PROGRAM TID SUKAN RENANG TAHUN 2013

PROGRAM TID SUKAN AKUATIK

Tarikh : 9 November 2013
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka
Masa : 9.00 pagi

LAPORAN

Satu Program Talent Identification Development (TID) bagi sukan Akuatik - Renang telah dijalankan baru - baru ini di Pusat Akuatik Hang Jebat pada 9 November 2013 (Sabtu) bermula jam 9.00 pagi.

Proses pemilihan bermula dengan taklimat ringkas kepada ibubapa yang hadir dan maklumat ringkas tersebut untuk pemahaman yang hadir. Seterusnya atlet dipilih oleh JLN Wang Ligeng mengikut kriteria yang diinginkan oleh JLN tersebut dan dibantu oleh ahli persatuan. 

Program bermula jam 9.00 pagi dengan kehadiran ibubapa dan atlet yang memberangsangkan melalui kaedah press conference yang dijalankan kepada wakil akhbar tempatan negeri Melaka pada 30 Oktober yang lepas.

Atlet terpilih akan menjalani latihan bermula jam 3 - 4 petang manakala pemantauan bagi atlet belum mahir akan diberikan peluang selama 3 bulan sebelum diserap ke dalam program.

Laporan oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Akuatik - Renang

No comments:

Post a Comment