Thursday, November 07, 2013

LAPORAN PROGRAM CARI JUARA 2013

Laporan 

Tarikh : 28 Oktober 2013 ( Isnin)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan MSN, SMK Seri Kota, Jalan Ayer Leleh Melaka

Satu Program Cari Juara 2013 Negeri Melaka telah diadakan pada 28 Oktober 2013 bertempat di Dewan MSN SMK Seri Kota Melaka jam 3.00 petang. Program ini membabitkan beberapa sukan spesifik iaitu Memanah, Gimnastik Artistik, Pelayaran dan juga Badminton. Program ini juga turut dibantu oleh pegawai-pegawai daripada Institut Sukan Negara dan juga ISN Cawangan Melaka.

Program ini bertujuan untuk mengenalpasti bakat sukan spesifik (Program Cari Juara) bagi tahun 2013. Kehadiran atlet melebihi 50 orang ini juga mendapat sokongan daripada jurulatih dan ibu bapa yang amat menggalakkan. Diharapkan program seperti ini akan diadakan setiap tahun bagi memastikan bakat atlet negeri Melaka dapat dikenalpasti untuk meningkatkan mutu dan prestasi sukan negeri ini.

Sekian.

No comments:

Post a Comment