Wednesday, November 13, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK ( 7 NOVEMBER 2013)

PEMANTAUAN PLN MENEMBAK

Tarikh : 7 November 2013 (Khamis)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh
Masa : 4.00 petang
Kehadiran : JLN, Atlet ( 4 orang)

LAPORAN

Kehadiran atlet pada hari ini tidak begitu memuaskan disamping peperiksaan SPM sedang giat berlangsung pada minggu ini. Namun begitu latihan diteruskan seperti biasa oleh JLN kepada 4 orang atlet yang hadir pada hari ini.

Berbincang bersama JLN mengenai Kejohanan Menembak Remaja Bawah 16 Tahun Sirkit 2 yang bakal diadakan di Melaka pada 18 hingga 22 Disember 2013 akan datang. Memohon agar JLN mengambil tindakan mengadakan gotong - royong bersama atlet bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga dan kawasan lapangsasar sentiasa kemas sebagai persediaan menghadapi kejohanan akan datang.

Ketika pemantauan dijalankan JLN memaklumkan terdapat kerosakan pada Air Pistol (jenis pam).

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

No comments:

Post a Comment