Friday, May 10, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK (28 APRIL 2013)

Tarikh : 28 April 2013 (Sabtu)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh
Masa : 11.30 pagi
Kehadiran : JLN, 9 Lelaki dan 4 Wanita

LAPORAN

Pemantauan pada hari ini bertujuan untuk melihat perkembangan latihan atlet dan program yang dijalankan oleh JLN. Satu perjumpaan bersama atlet juga telah dijalankan bagi mengetahui masalah yang dialami atlet menembak sepanjang menjalani latihan.

Melalui perjumpaan tersebut pelbagai pendapat dan informasi telah disampaikan dan dikongsi antaranya penundaan kejohanan Piala Tun Hanif yang sepatutnya berlangsung pada April ini namun akan dijalankan pada Jun hadapan bagi memberi ruang kepada pilihanraya ke 13 pada 5 Mei 2013 akan datang. Perkara lain yang disentuh adalah teguran mengenai kehadiran atlet untuk menjalani latihan seperti yang telah ditetapkan. 

Semoga perjumpaan kali ini akan memberi kesedaran dan dapat diserap serta perkongsian bersama semua atlet untuk memperbaiki mutu latihan dan disiplin pada masa akan datang. Segala masalah dan aduan yang diterima juga akan diperbaiki dari masa ke semasa.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak


No comments:

Post a Comment