Monday, May 13, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK BERSAMA PRAKTIKAL ISN MELAKA (10 MEI 2013)

Tarikh : 10 Mei 2013 (Jumaat)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh
Masa : 4.00 petang
Kehadiran : JLN, Atlet (Lelaki - 7, Wanita - 6)

LAPORAN

Pusat latihan menembak hari ini telah menerima kehadiran 4 orang pelajar praktikal daripada Institut Sukan Negara Cawangan Satelit Negeri Melaka untuk menjalankan beberapa ujian kecekapan dan kepantasan ke atas 10 atlet menembak yang dipilih sebagai sampel kajian penyelidikan mereka.

Atlet - atlet telah diberikan penerangan lengkap mengenai ujian yang akan dijalankan dan proses ini akan berterusan sehingga 4 minggu dan akan dipantau. Ujian ini adalah pengukur kepada tahap fokus, kecekapan dan kepantasan atlet dalam sukan menembak.

Ketika pemantauan dilakukan, kehadiran atlet memuaskan dan latihan dijalankan seperti biasa. Sebahagian atlet berlatih di 25 meter dan sebahagian lagi di 10 meter. 

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

No comments:

Post a Comment