Friday, May 20, 2011

Pemilihan Atlit Sepaktakraw SUKMA Negeri Melaka

Sukacita dimaklumkan Majlis Sukan Negeri Melaka bersama Persatuan Sepaktakraw Negeri Melaka telah mengadakan sesi pemilihan atlit sepaktakraw Melaka bagi membuat persiapan awal sempena Sukan Malaysia ke-14 di Pahang 2012.

Pemilihan diadakan selama 3 hari bermula pada 20 hingga 22 Mei 2011 bertempat di Dewan Badminton MSN Seri Kota. Pemilihan terbuka kepada semua pemain diseluruh Negeri Melaka yang berumur di bawah 20 tahun memandang SUKMA di Pahang akan menganjurkan ketagori di bawah umur 21 tahun ke bawah. Pada hari pertama pemilihan diadakan seramai 12 peserta yang hadir yang bermula jam 8.30 mlm dan tamat jam 11 mlm.

Persatuan Sepaktakraw telah melantik pengurus pasukan iaitu En. Mokhtar Mohamed yang sebelum pernah menjadi pengurus SUKMA di Terengganu 2008 yang lalu dan telah memperolehi 1 emas dalam acara double. 2 orang Jurulatih juga dikekalkan iaitu En Abu Basrah Ahmad kini JSM PLN Melaka dan En. Zulkifli Mohamed.

Laporan dari Lutfi Asiman - SDO Sepaktakraw
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment: