Monday, May 30, 2011

Kejohanan Pelapis Negeri 01/2011 Kelantan (Sukan Sepaktakraw)

Untuk makluman USPTN Melaka telah menghantar pasukan untuk menyertai Karnival Pelapis 01/2011 yang diadakan pada 10 hingga 16 Mei 2011 di Kota Bharu, Kelantan.

Pasukan Sepaktakraw Melaka telah menyertai pertandingan tersebut dengan melibatkan ketagori regu bawah 21 dan 18 tahun serta ketagori double bawah 21 tahun.

Keputusan bagi pasukan Melaka iaitu Melaka telah berjaya memperolehi 1 pingat Perak dalam acara regu bawah 18 tahun yang diwakili pemain seperti Sahidan Md Ali (tekong), Mohd Azwan Abdullah (apit kanan) dan Mohd Akmal A. Karim (apit kiri) apabila tewas kepada pasukan Johor dengan mata 2-1.

Manakala ketagori double 21 tahun kalah diperingkat sukuakhir dan regu bawah 21 tahun kalah diperingkat kumpulan.

Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman (PPN Sepaktakraw)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment