Monday, May 30, 2011

Pemantauan Latihan Sukan Sepaktakraw Melaka

Tarikh Pemantauan: 29 Mei 2011
Masa: Jam 6.00 petang
Tempat: Dewan MSN SMK Seri Kota, Melaka

Laporan:

Latihan seperti biasa dan dilatih oleh En. Abu Basrah dan Hj. Zulkifli. Sepanjang sesi pemantauan, Jurulatih menekan sesi latihan tubi, servis bagi tekong dan lipatan dan kawalan untuk apit kanan dan kiri. Sebelum sesi latihan tamat, Jurulatih menyesuaikan pemain dengan sistem kiraan baru yang di kuatkuasakan oleh PSM mulai bulan Jun 2011. Maklum balas Jurulatih, sistem kiraan agak cepat, sedikit mengelirukan dan perlu latihan cukup untuk penyesuaian sistem baru tersebut walaupon telah digunapakai semasa Kejohanan Piala Mas Khir Johari dan Karnival Pelapis Negeri di Kelantan tempoh hari.

Sekian.

No comments:

Post a Comment