Tuesday, September 15, 2015

LAPORAN LATIHAN BERSAMA ATLET PELAPIS/SUKMA DAN ATLET KEBANGSAAN SUKAN WUSHU, BUKIT JALIL (12 - 13 SEPTEMBER 2015)

LAPORAN

Dimaklumkan bahawa Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Melaka melalui Majlis Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Persatuan Wushu, Tarian Naga dan Singa Negeri Melaka telah mengadakan program latihan atlet Pelapis dan SUKMA negeri Melaka di Pusat Latihan Wushu Kebangsaan di Gimnasium 3, pada 12-13 September 2015 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi persiapan penyesuaian kemudahan karpet latihan yang sama diguna pakai dalam Kejohanan Wushu Kebangsaan Ke-25 yang akan diadakan pada 23-28 September 2015 di Kuching, Sarawak.

Majlis Sukan Negeri Melaka telah memilih Pusat Latihan Kebangsaan Sukan Wushu untuk membuat latihan persedian seperti berikut:

            Sukan              :           Wushu Melaka
            Tarikh              :           12-13 September 2015
            Tempat            :           Pusat Latihan Wushu di Gimnasium 3,
Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Terima Kasih diatas kerjasama dan bantuan oleh Pengurus Sukan Wushu Bahagian Atlet, Majlis Sukan Negara iaitu Puan Farhana Abdul Rahman yang membantu menyediakan kemudahan pusat latihan dan penginapan di Casa Majlis Sukan Negara kepada jurulatih/atlet Wushu negeri Melaka disepanjang program latihan yang dijalankan.

Sekian, terima kasih.

LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA


No comments:

Post a Comment