Monday, September 07, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT (3 SEPTEMBER 2015)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : ANGKAT BERAT

Tarikh : 3 September 2015 (Khamis)

Masa : 6.30 petang

Tempat : Pusat Latihan Negeri Angkat Berat, Ayer Leleh

Kehadiran :

1. JSM ( 2 orang)

2. Atlet (3 orang)


LATIHAN

1. Snatch 

2. Clean & Jerk

3. Power Pull Snatch 


UJIAN

-TIADA-


PERTANDINGAN

-TIADA-


KECEDERAAN

1. JSM memaklumkan 2 orang atlet mengalami kecederaan di pergelangan tangan dan bahu, kini sedang membuat rawatan fisioterapi di hospital kerajaan dan inisiatif berurut.


PERALATAN

1. Banyak plates yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Keperluan tambahan amat diperlukan.

2. Bar sedia ada yang telah banyak berkarat.

3. Memerlukan lori sewa untuk mengalihkan beberapa peralatan ke PLD Semabok untuk tujuan latihan


PROGRAM BINAAN

-TIADA-


ULASAN

1. JSM memohon untuk mendapatkan sebuah khemah untuk tujuan latihan dan ditempatkan di PLD Semabok memandangkan atlet berlatih di kawasan perumahan dan menumpang gazebo pemilik salah seorang ibubapa atlet di situ.

2. JSM mencadangkan untuk menukar PLD Jasin untuk ditempatkan di kawasan latihan yang lebih strategik kerana pusat latihan sedia ada tidak dapat menarik minat atlet baru untuk hadir berlatih kerana kekangan tempat dan pengangkutan dan juga komitmen ibubapa.

3. JSM memaklumkan atlet 'program emas' Naqiudin masih tidak hadir berlatih dan tidak dapat dihubungi dan sedikit sebanyak menggangu proses latihan yang dijalankan.

4. JSM mencadangkan untuk membuka 1 PLD baru di kawasan Alor Gajah.

5. Memaklumkan penundaan interzon akhir kepada tarikh yang lain dan memaklmkan semula untuk diadakan klinik pengenalan semasa Hari Sukan Negara yang akan dijalankan pada 10 Oktober 2015 ini.

6. JSM memohon untuk mengadakan TID secara lebih spesifik kerana hasil TID lepas adalah kurang memberangsangkan dan hambar.

7. Memohon bantuan makanan tambahan kepada atlet di PLN kerana makanan tambahan merupakan keperluan kepada setiap atlet tersebut.

8. JSM memaklumkan lampu jalan di dalam kawasan dewan gimnastik / PLN angkat berat tidak berfungsi dan ada yang telah rosak (seperti gambar yang dilampirkan)

9. Semasa pemantauan dijalankan sehingga jam 8.00 malam, pengawal keselamatan yang sepatutnya bertugas mulai 7.00 ptg - 7.00 pg tidak kelihatan. 

Laporan disediakan oleh :
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Angkat Berat Negeri Melaka

Tarikh : 7 September 2015


No comments:

Post a Comment