Wednesday, August 27, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH (15/8/2014)

Sukan  : Memanah
Tempat : Lapang Sasar Ayer Keroh, Melaka
Tarikh  : 15 Ogos 2014 
Masa   : 6.00 petang


Kehadiran : 
- En. Zainuddin Talib (JPM)
- Cik Zulaikah (JSM) Program Penggalakkan Sukan

Atlet :  4 orang



Laporan :

- Latihan sesi petang dijalankan bermula pada jam 3.30 hingga 7.00 petang
- Perbincangan mengenai perancangan program bersama jurulatih mengenai program latihan, kejohanan, keperluan peralatan latihan dan pertandingan dalam program Talentspot Melaka 2014 yang akan diadakan pada 29 hingga 31 Ogos 2014 di Ayer Keroh D'Village Melaka.
- Peserta yang disasarkan umur diantara 10 hingga 14 tahun di sekitar sekolah berdekatan dengan Pusat Latihan Negeri Memanah di Ayer Keroh.
- Sasaran seramai 50 orang peserta yang akan dibuat pemilihan bagi kelayakkan atlet dalam program tersebut pada 27 Ogos 2014. 
- Bantuan dari pihak ISN Melaka dan ISN KL akan mengadakan klinik dan TID dalam program tersebut. Atlet yang layak akan dimasukkan dalam Program Penggalakkan Sukan Negeri Melaka.
- Perbincangan mengenai kerosakkan yang perlu dibaik pulih Pusat Latihan iaitu menghadang belakang tempat memanah dan tambahan tempat berbumbung untuk meletakkan target stand yang terbiar berjemu ditepi padang latihan. 
- perbincangan telah dibuat bersama jurulatih mengenai untuk tidak menghantar peserta ke Kejohanan Memanah terbuka UNiZA, Terengganu yang tarikh kejohanan tersebut bertindih dengan program Talentspot Melaka 2014.
- Jurulatih memaklumkan peralatan yang ada untuk program pertandingan zon selatan telah disimpan dengan baik. Cuma 15 buah target Butt masih berada di USPTN Johor.


Sekian, terima kasih.











--
--
--
LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
ARAS BAWAH, STADIUM HANG JEBAT
PAYA RUMPUT KRUBONG, 75260 MELAKA.

No comments:

Post a Comment