Sunday, May 25, 2014

LAPORAN KEJOHANAN MENEMBAK AIR GUN PIALA KETUA PENGARAH MSN 2014 (7-10 Mei 2014)

Tarikh : 7 Mei 2014 ( Rabu)
Tempat : Lapangsasar Gimnasium 3, MSN Bukit Jalil
Masa : 3.00 petang

LAPORAN

Kejohanan Menembak Air Gun Piala Ketua Pengarah MSN 2014 akan diadakan pada 7 hingga 10 Mei 2014 yang membabitkan semua acara air rifle dan air pistol dan penyertaan atlet dari seluruh negeri.

Acara tahunan kali kedua ini akan memberikan habuan tunai bagi tempat pertama hingga ketiga. Penyertaan juga adalah percuma dan terbuka kepada semua atlet di negeri mahupun di peringkat kebangsaan dan elit. Negeri Melaka telah menghantar 2 orang wakil dan 5 orang wakil atlet kebangsaan. Negeri ini tidak dapat menghantar ramai wakil kerana bertembung dengan Kem Kontinjen SUKMA XVII yang sedang sama berlangsung di Saujanan Asahan.

Semoga acara seperti ini diadakan berterusan dengan pembabitan atlet untuk mencungkil bakat dan mencipta kejayaan dalam arena menembak.

Sekian

Laporan Oleh
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

No comments:

Post a Comment