Saturday, May 24, 2014

LAPORAN BENGKEL TAPING NEGERI MELAKA 2014

Tarikh : 3 Mei 2014 ( Sabtu)
Tempat : Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Kehadiran : Jurulatih MSNM / USPTN

LAPORAN

Satu bengkel berkaitan penggunaan taping telah dijalankan untuk membantu jurulatih MSNM dan USPTN negeri Melaka khusus nya. Bengkel ini bertujuan untuk menyalurkan maklumat berkaitan cara penggunaan taping dengan betul untuk diaplikasikan kepada atlet-atlet Melaka menjelang Sukma dan kejohanan- kejohanan lain.

Penceramah jemputan khas diterbangkan dari Institut Sukan Negara, Bukit Jalil, Pn Faezah yang begitu arif berkaitan segmen taping ini. Para peserta turut diberikan peluang untuk mencuba sendiri secara praktikal mengikut segmen yang dibentangkan dan dibekalkan bahan taping sepanjang sesi pembelajaran.

Semoga bengkel ini mampu menambahkan ilmu jurulatih sedia ada dan diaplikasikan dengan baik terhadap atlet sukan masing- masing dan diharap atlet sentiasa menjaga diri dan terus gigih berlatih.

Sekian

No comments:

Post a Comment