Monday, May 05, 2014

LAPORAN KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 1/2014 PERLIS - HARI KEDUA DAN KETIGA (MENEMBAK)

Tarikh : 24, 25 April 2014 (Khamis dan Jumaat)
Tempat : Kompleks Lapangsasar Menembak Sg Batu Pahat, Perlis

LAPORAN

Berlangsung acara Air Rifle Women pada 24 April 2014 seramai 27 peserta bertanding. Kelayakan ke acara akhir memberikan atlet Melaka, Yeoh Wei Ni untuk bertanding di peringkat akhir dan mendapat tempat keenam keseluruhan.

Air Pistol Men pula diadakan pada 25 April 2014 dan menyaksikan seramai 23 orang bertanding di peringkat awal. Acara akhir menyaksikan atlet Melaka - Ahmad Luqman mendapat tempat ke empat keseluruhan. Pingat gangsa berpasukan menjadi milik Melaka.

Secara keseluruhan setakat hari ketiga Melaka telah memungut 1 pingat emas dan 2 pingat Gangsa.

Sekian.

Laporan Oleh
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

No comments:

Post a Comment