Thursday, March 20, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN AUDIT PROGRAM PENGURUS KE USPTN MELAKA BAGI SUKAN SKUASH, AKUATIK RENANG, MEMANAH, WUSHU, DAN GIMRAMA (19/3/2014)

Untuk makluman, Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara telah menjalankan satu pemantauan Audit Pengurusan PPN di Unit Sukan prestasi Tinggi Negeri Melaka bagi memantau semua pusat latihan dan menyemak semua sistem fail dibuat mengikut keperluan yg telah ditetapkan.

Pemantauan ini dijalankan oleh En. Giam pengurus sukan, cawangan pelapis pada 19 hingga 21 Mac 2014 selama 3 hari. Program pelapis Melaka mempunyai 16 pusat latihan melibatkan 16 jenis sukan dan seramai 522 atlet (284 lelaki / 238 wanita) dalam program 2014.

Pemantauan sukan pada hari pertama (19/3/2014) di pusat latihan sukan skuasy, akuatik, gimrama, wushu, angkat berat dan memanah.

Turut bersama pegawai dari USPTN Melaka iaitu En. Lutfi Asiman, Noor Faezah bte Jamaluddin dan Mohd Akhbar bin Idris.

Sekian,

Laporan daripada Lutfi Bin Asiman
Pegawai pembangunan Negeri

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment