Friday, March 21, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN AUDIT PROGRAM PENGURUS KE USPTN MELAKA BAGI SUKAN MEMANAH, SEPAKTAKRAW DAN TENPIN BOLING (20 MAC 2014)

LAPORAN PEMANTAUAN HARI KEDUA :
Pemantauan Pada Hari kedua oleh En. Giam Fook Pang pengurus sukan, Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara ke PLN memanah, sepaktakraw, boling, pelayaran, gimnastik dan olahraga.
Semasa permantauan dijalankan beberapa perkara telah diberi penekanan kepada jurulatih bagi menilai prestasi atlet terkini, kemudahan peralatan latihan, keadaan pusat latihan mesti dalam keadaan baik dan selesa, masalah kehadiran atlet, perancangan jurulatih dan sebagainya. Antara komen En. Giam mengenai masalah yang dihadapi di pusat latihan mengikut sukan yang telah pantau oleh pengurus sukan :
1. Sukan Memanah
- Prestasi atlet kurang memuaskan terutama atlet lelaki yang masih ditahap yang tidak diharapkan oleh pengurus sukan. Perlu mencari atlet baru yang boleh diketengahkan seperti Norhairulnizam dari Melaka yang kini di dalam program elit.
- JPM perlu memberi penumpuan kepada atlet yang disasarkan boleh diketangahkan walaupun mempunyai atlet yang ramai tetapi tidak dapat mempunyai atlet yang berkualiti untuk disalurkan kepada pelapis serantau dan kebangsaan.
- Masalah kehadiran ke pusat latihan yang rumah agak jauh. Atlet tiada pengangkutan untuk berulang-alik ke pusat latihan. En. Giam mencadangkan agar atlet dapat diberi token minyak atlet/jurulatih @ meminta pihak MSN Melaka membantu membekalkan kenderaan van untuk kegunaan penghantaran atlet ke pusat latihan. Mengadakan perjumpaan bersama ibubapa bagi menyelesaikan masalah tersebut.
- Masalah bersama jurulatih di bawah MSS Negeri Melaka mengenai petindihan program dan atlet tidak mendapat pelepasan daripada jurulatih JPM kerana terlibat dengan latihan pusat bagi menyertai Kejohanan Zon Selatan Siri 1, Melaka 2014.
En. Giam mencadangkan perlu mengadakan Mesyuarat JKK Sukan bagi membincang lebih lanjut mengenai perkara tersebut. Mohon pihak unit sukan membantu mengenai perkara tersebut.
- En. Giam memaklumkan 2 atlet wanita memanah Melaka iaitu Iman Aisyah dan Khairulnisa terpilih ke Program Pelapis Serantau, Surat tawaran akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

2. Sukan Sepaktakraw
- Kehadiran atlet memuaskan semasa pemantauan.
- Keperluan peralatan latihan seperti tiang dan pemberat kebanyakkan telah rosak teruk dan perlu dibaiki segara. Pihak saya telah membuat permohonan pembelian baru kepada MSN Melaka dan menunggu kelulusan.
- Keadaan pakir lantai pon telah rosak teruk dan perlu dibaiki.
- Atlet Pelapis Senior dan SUKMA menjalani latihan setiap hari jumaat, sabtu dan ahad pada waktu malam dari 8.30 hingga 11.30 malam. Manakala atlet baru menjalani latihan pada hari isnin hingga khamis pada jam 4.30 hingga 6.30 ptg.

3. Sukan Tenpin Boling
- kehadiran atlet menjalani latihan amat memuaskan. 6 atlet terpilih dalam SUKMA Perlis 2014.
- En Giam meminta penambahan masa latihan di lane daripada 3 hari kepada 4 hari seminggu. En. Lutfi memaklomkan akan menambahkan sesi latihan di lane setiap hari sabtu untuk mengadakan roll off bersama atlet SUKMA Melaka. Jadual latihan setiap hari Isnin, Selesa, khamis dan sabtu. Untuk Fitness dan bersama pihak isn setiap hari rabu @ sabtu pagi sebelum roll off dijalankan.
- Mohon penggantian 2 atlet menarik diri daripada program atas alasan tidak boleh memberi tumpu sepenuhnya pada latihan dan akan memberi tumpuan pada pelajaran. En. Giam meminta perlu melohon kepada pihak Malaysia Tenpin Boling Congres (MTBC) dan pengurus sukan boling En. Vimalan Palaniappan untuk menukaran atlet tersebut. Atlet Melaka seramai 22 orang (17 lelaki dan 5 wanita).
- Prestasi Atlet Negeri Melaka sangat memuaskan telah mendapat Top 3 dalam 2 kejohanan Sportexcel Junior Circuit yang disertai pada tahun 2014.
- Untuk makluman perjumpaan bersama ibubapa, atlet dan pihak Persatuan Boling Negeri Melaka telah diadakan pada 12 Mac 2014 yang lalu dan telah membincang mengenai program yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Sekian,
Laporan daripada Lutfi bin Asiman
Pegawai Pembangunan Sukan
Sukan Memanah, Sepaktakraw & Tenpin Boling

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.





















No comments:

Post a Comment