Thursday, March 27, 2014

LAPORAN KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA BAWAH 16 TAHUN 2014, TERENGGANU (HARI KEDUA)


LAPORAN KEJOHANAN

SUKAN : MENEMBAK

TARIKH : 19 MAC 2014 (RABU)

TEMPAT : LAPANGSASAR MENEMBAK TOK JEMBAL, TERENGGANU

KEHADIRAN : 
1. JLN
2. SDO
3. WAKIL PERSATUAN
4. ATLET = 10 ORANG (5 LELAKI, 5 WANITA)

LATIHAN
1. Latihan rasmi kepada semua atlet telah bermula sejak 9 pagi sehingga mesyuarat pengurus diadakan jam 6.00 petang.

UJIAN
-TIADA-

PERALATAN
1. Balang gas rifle didapati mengalami kebocoran semasa latihan kerana dimaklumkan tidak dibuka dengan cara yang betul (kasar) dan atlet serta JLN tidak meminta bantuan yang pakar untuk membantu ketika mengisi dan membuka gas. Kebarangkalian balang gas yang lama  tidak diselenggara juga menjadi salah satu punca. Perkara dapat diatasi kerana atlet membawa balang gas lebih ketika kejohanan.

PROGRAM BINAAN
-TIADA-

ULASAN
1.  Menjalani latihan bermula jam 2.00 petang sehingga 6.00 petang bagi suaian tempat latihan.
2. Melaka telah menghantar 2 orang atlet rifle lelaki, 3 atlet rifle wanita, 3 atlet pistol lelaki dan 2 atlet pistol wanita.
3. Mesyuarat pengurus diadakan jam 6.00 petang kerana menunggu pasukan Selangor dan Pulau Pinang tiba ke lapangsasar. Mesyuarat membincangkan mengenai jadual kejohanan dan beberapa perkara.
4. Jurulatih Pelapis Kebangsaan, En. Yusri memberikan taklimat ringkas mengenai T20 dan menyerahkan borang maklumat atlet bawah 16 tahun dan jurulatih kepada pengurus negeri dan memohon menghantar semula kepada beliau selewat-lewatnya pada Kejohanan Piala Ally T.h. Ong pada 27 hingga 30 Mac ini.
5. Telah dimaklumkan oleh wakil cawangan acara, Goh Lai Teng berkenaan karnival pelapis yang akan diadakan di Perlis pada 23 hingga 27 April ini yang membabitkan 8 sukan.
6. Diberikan tugas sebagai urusetia teknikal klasifikasi sepanjang kejohanan.

Sekian.

Laporan disediakan oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak Negeri Melaka

Tarikh : 27 Mac 2014



No comments:

Post a Comment