Thursday, January 02, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN RENANG - TIME TRIAL KE 4 (29 DISEMBER 2013)

Tarikh : 29 Disember 2013 ( Ahad)
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka
Masa : 4.00 petang
Kehadiran : JLN, JSM Atlet ( 40 orang)

LAPORAN

Ujian Masa kali ke 4 telah diadakan pada hari ini untuk kesemua atlet pelapis negeri ini bagi acara 200m free dan 200m IM.

Selain itu, hari ini juga telah diadakan pemilihan dan ujian masa saringan bagi masa kelayakan SUKMA 2014. Seramai 8 orang atlet diuji mengikut masa yang ditetapkan pihak persatuan mengikut peraturan dan masa tertentu bagi melayakkan peserta ke SUKMA 2014. Wakil pemerhati terdiri daripada pegawai MSNM dan USPTN agar tiada penipuan dilakukan dan proses keputusan disaksikan sendiri oleh pemerhati.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Renang

No comments:

Post a Comment