Thursday, January 02, 2014

LAPORAN KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN SIRKIT 2/2013 ( 17 - 21 DISEMBER 2013)

Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 17 hingga 21 Disember 2013 ( Selasa - Sabtu)
Acara dipertandingkan : Air Rifle (Individu / Berpasukan)
                                 : Air Pistol (Individu / Berpasukan)

Pasukan / Negeri Bertanding : 10 buah negeri (kecuali Kedah, Kelantan, Perlis dan Sabah)

LAPORAN 

Melaka telah menjadi tuan rumah bagi edisi kedua tahun 2013 ini Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun. Negeri yang bertanding secara keseluruhannya sebanyak 10 buah negeri dan jumlah keseluruhan atlet seramai 104 orang.

Kejohanan yang berlangsung selama 5 hari ini menyaksikan atlet-atlet juga pelapis negeri bertanding dengan sihat dan menunjukkan keputusan yang masih dikira baik seperti kejohanan sebelum ini di Pulau Pinang.

Melaka mendapat tempat ke 4 keseluruhan daripada 10 buah negeri bertanding dan berada di bawah Perak, Johor dan juga Terngganu apabila adik Khairunnaseha Bte Kamaruzaman merangkul pingat Emas bagi acara Air Pistol Individu dengan markah 357 keseluruhan.

Tahniah diucapkan kepada para atlet dan urusetia yang terlibat bagi memastikan kelancaran kejohanan berlangsung. Semoga pengalaman kejohanan ini dimanfaatkan oleh setiap atlet bertanding dan mencuba dengan usaha yang lebih pada masa akan datang.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

No comments:

Post a Comment