Thursday, January 02, 2014

LAPORAN KEM TAHUNAN PELAPIS NEGERI MELAKA 2013, SAUJANA ASAHAN

Tempat : Kem Saujana Asahan, Melaka
Tarikh : 13 hingga 15 Disember 2013
Kehadiran : Jurulatih dan Atlet bagi sukan Memanah, Menembak, Olahraga, Boling Padang dan Perahu Layar ( 50 Orang)

LAPORAN

USPTN Melaka telah mengadakan kem bagi atlet pelapis negeri ini di Kem Saujana Asahan dengan pengisian aktiviti yang bermanfaat. Kehadiran 50 orang peserta termasuk atlet, jurulatih juga urusetia di kem kali ini memberi makna bagi tahun 2013 ini.

Sebanyak 5 jenis sukan iaitu Menembak, Memanah, Olahraga, Perahu layar dan Boling Padang berkampung selama 3 hari 2 malam di sini untuk bersama - sama menjadi sebuah kumpulan yang mempunyai semangat sepasukan dan kerjasama di antara satu dengan yang lain.

Pengisian aktiviti bermula seawal ketibaan atlet dengan sesi "ice breaking" seterusnya sesi bersama ISN Negeri Melaka mengenai pemakanan sukan dan aktiviti riadah yang sangat memberangsangkan.

Aktiviti yang diberikan menguji kekuatan fizikal dan mental atlet di mana sesi flying fox dan repailing serta ujian kecergasan serta jungle tracking tidak dikecualikan kepada semua atlet untuk mencabar diri masing - masing.

Perasmian penutupan kem kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka, En.Zali bin Mat Yasin untuk memberi semangat dan dorongan kepada atlet pelapis juga yang bakal menyertai SUKMA Perlis 2014 nanti.

Semoga kem seperti ini akan terus diadakan untuk mengeratkan hubungan atlet negeri ini disamping memberi semangat juga keyakinan supaya mereka berani bersaing di kejohanan - kejohanan akan datang dengan mengaplikasikan ilmu yang diberikan disepanjang program kem ini. 

Sekian.

No comments:

Post a Comment