Friday, March 15, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN RENANG DAN TIME TRIAL BIL 1/2013 (9 MAC 2013)

Tarikh : 9 Mac 2013 ( Sabtu)
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat
Masa : 4.00 ptg
Kehadiran : JSM dan atlet Pelapis Negeri

LAPORAN

Time trial ini merupakan kali pertama diadakan pada tahun 2013 sebagai mengukur tahap masa atlet dengan masa yang ditetapkan dan peluang kepada mereka yang masih belum layak mencapai masa yang ditentukan semasa MSS Melaka yang baru diadakan pada 2 Mac 2013.

Time trial ini telah dihadiri oleh semua atlet Pelapis Negeri dan kelab-kelab di Melaka yang dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa persatuan sebagai urusetia penjaga masa.

Program ini juga memberi peluang kepada atlet baru TID yang lepas untuk mencuba merekod masa untuk sesi pemilihan sebelum diserap masuk ke Pelapis Negeri Melaka.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BT MOHD JAMIL
PPN Sukan Renang

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. Kenapa tidak ada ramai pelapis orang Melayu dan India? Ramai perenang Melayu dan India yang handal2 belaka...

    ReplyDelete
  2. Pemilihan bakat akan diadakan pada setiap hujung tahun samada Oktober atau November. Surat juga akan dikeluarkan kepada sekolah-sekolah berdekatan. Pihak tuan/puan boleh merujuk kepada pihak sekolah berkenaan surat pencarian bakat baru. Pemilihan adalah secara terbuka. Sekian

    ReplyDelete