Sunday, March 17, 2013

LAPORAN KEJOHANAN MEMANAH DALAM DEWAN TERBUKA KALI PERTAMA, PIALA KETUA MENTERI MELAKA 2013

Tarikh : 7 hingga 11 Mac 2013
Tempat : Dewan MSN/MBMB Ayer Keroh, Melaka


Majlis Sukan Negeri Melaka bersama Persatuan Memanah Negeri Melaka telah menganjurkan Kejohanan Memanah Dalam Dewan Terbuka Kali Pertama 2013, Piala Ketua Menteri Melaka. Kejohanan ini mendapat sambutan lebih kurang 181 peserta daripada pelbagai negeri dan kelab di seluruh Malaysia.

Acara-acara yang dipertandingkan iaitu Novice Wanita dan Lelaki, Recurve Wanita dan Lelaki, Compound wanita dan Lelaki.Seramai 43 orang acara Novice, 94 orang acara recurve dan 44 orang acara compound.

Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Presiden Memanah Negeri Melaka, Dato Baba Md Deni bersama Ketua Unit Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Melaka, Mohammad Zaki bin Zainal Abidin selaku wakil pengarah, Majlis Sukan Negeri Melaka. Pemenang - pemenang membawa balik medal, hamper dan piala bagi setiap kategori dipertandingkan.


RECURVE WANITA
Pemanah USPTN Negeri Melaka, Noratiqah binti Azizi telah berjaya menjadi juara keseluruhan bagi Kategori Recurve Wanita dengan pungutan 537  mata. Beliau juga telah menjuarai acara Recurve Individu Match Round dengan mengalahkan Nurul Ain Binti Hussin juga atlet Melaka di peringkat akhir dengan kemenangan mata 7-1. Bagi acara berpasukan wanita, Melaka yang diwakili oleh Nur Atiqah Azizi, Nurul Ain Husin dan Afidiansyah Saleh hanya menduduki Naib Johan apabila tewas kepada pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menjuarai kategori tersebut. Pasukan Wanita UPM dibarisi oleh Siti Fatimah Abd. Karim, Julihartati Zulkipli dan Siti Sholeha Yusof manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan HAFA B.

RECURVE LELAKI
Pasukan Pemanah Melaka yang dibarisi oleh Muhd Farid Rasdi, Ahmad Syafiq Azim, Mohd Izzuddin Solehin Mazlan dan Mohd Nor Infan Zulkifli hanya berpuas hati ditempat ketiga setelah Berjaya menumpaskan pasukan Jess dari Selangor pada penentuan tempat ketiga, Acara ini Johan dimenangi oleh pasukan Universiti Putra Malaysia 'A' (UPM) dan Naib Johan oleh pasukan HAFA 'A'.

Dalam acara Individu Match Round dimenangi oleh Nor Syahrul (ATM 'A') Johan, Mohd Hazwan Abdul Hamid (HAFA 'A') Naib Johan dan Liew Tek Wa (UPM 'A') Ketiga.


COMPOUND LELAKI
Dalam kategori ini Muhd Juwaidi dari Melaka telah menjuarai acara Lelaki Individu dengan mengumpul 579 mata. Khairul Fadhli dari KMSJ dan Ketiga dari Melaka iaitu Mohd Noor bin Mohamad.

Dalam Acara Berpasukan Melaka yang dibarisi oleh Juwaidi, Mohd Noor dan Nor Faiz hanya menduduki tempat ketiga apabila tewas kepada pasukan KMSJ (Johan) dan UPM (Naib Johan).

Juwaidi hanya sekadar menjadi Naib Johan dalam kategori Individual Match Round apabila dikalahkan oleh Khairul Fadhli dari KMSJ dan Logatasan dari Pulau Pinang tempat ketiga.


COMPOUND WANITA
Dalam acara Individu Match Round,Johan dimenangi oleh Rosshaida Hayati binti Mohd dari Terengganu, Nurul Iryani Muda Naib Johan juga dari Terengganu dan Ezati Hanani binti Murdi Ketiga.

Acara Berpasukan tempat pertama dimenanagi oleh pasukan Terengganu, KMSJ (Naib Johan), ATM 'A' (Ketiga)

Sekian.

Laporan disediakan oleh,
LUTFI BIN ASIMAN
PPN Sukan Memanah Negeri Melaka





No comments:

Post a Comment