Friday, March 15, 2013

LAPORAN KEJOHANAN PIALA PRESIDEN ALLY T.H ONG & SPORTEXCEL SIRKIT 2/2013 (HARI PERTAMA)

Tarikh : 14 Mac 2013 ( Khamis)
Tempat : Lapangsasar Subang, Selangor
Masa : 9.00 pagi

LAPORAN

Sekitar Kejohanan Menembak Piala Presiden Ally T.H Ong &Sportexcel Sirkit 2 di Lapangsasar Subang Selangor pada hari pertama. Acara dipertandingkan pada hari pertama iaitu 10 meter Air Rifle Men, 50 meter 3position Women dan 25 meter Rapid Fire Men.

Atlet negeri Melaka telah meraih 2 pingat gangsa melalui acara 10 meter Air Rifle men berpasukan terbuka dan 50 meter 3 position women terbuka.

Untuk makluman, kejohanan kali ini dipertandingkan mengikut undang- undang baru ISSF sebagai pendedahan awal dan dipraktikkan untuk kejohanan - kejohanan akan datang.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BT MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

No comments:

Post a Comment