Sunday, November 11, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK - KUNJUNGAN PEGAWAI CAWANGAN KEJURULATIHAN (10 NOVEMBER 2012)

TARIKH : 10/11/2012
TEMPAT : PUSAT LATIHAN MENEMBAK AYER KEROH
MASA : 2.00 ptg - 5.30 ptg
KEHADIRAN : JLN, JSM, ATLET (5 LELAKI)

LAPORAN

Latihan atlet berjalan seperti biasa pada hari ini dengan kehadiran atlet dan jurulatih. Atlet memfokuskan latihan untuk menyertai kejohanan Karnival Pelapis Remaja yang akan diadakan pada 10 hingga 14 Disember 2012 di Selangor. Atlet juga didedahkan dengan penggunaan scatt iaitu latihan menembak menerusi alat tertentu untuk mengukur ketepatan dan keberkesanan latihan.

PLN Melaka juga pada hari ini juga dikunjungi oleh 2 orang Pegawai daripada Cawangan Kejurulatihan iaitu Pn. Ina dan Pn. Nisa untuk memantau pusat latihan disamping berbincang dengan JLN dan JSM mengenai perkembangan dan masalah semasa yang dihadapi. Pemantauan yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat membantu jurulatih sedia ada dan atlet dengan berkongsi pendapat dan merapatkan hubungan yang lebih baik.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BT MD.JAMIL
PPN Menembak





No comments:

Post a Comment