Friday, November 16, 2012

LAPORAN KLINIK DAN TID SUKAN MEMANAH 2012


Sukan : Memanah
Tarikh : 9 November 2012
Masa : 8.00 pg - 1 ptg
Tempat : Di Padang SMK Bukit Baru, Melaka
Program : Klinik Dan TID Memanah USPTN Melaka 2012

Kehadiran peserta :
1. 2 jurulatih USPTN sebagai penceramah klinik
2. 55 org peserta

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Melaka, Majlis Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Melaka akan menganjurkan klinik ini.

Klinik ini bertujuan mempertingkatkan dan memperkenalkan sukan memanah ini dikalangan pelajar untuk menceburi sukan ini. Disamping memberi pengetahuan kemudahan asas mengenai teknik-teknik permainan kepada para peserta di bawah umur 10-13 tahun di kawasan sekitar Pusat Latihan Negeri Sukan Memanah di Lapang Sasar Memanah Ayer Keroh, Melaka disamping membuat TID kepada peserta yang hadir bagi menambah kekurangan atlit sediada.Klinik ini diadakan pada 9 November 2012, (Jumaat) tempat program      di Padang SMK Bukit Baru, Melaka.menyediakan makanan & minuman dan sijil penyertaan untuk semua peserta yang menyertai klinik.Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka bersama Ketua Unit USPTN Melaka turut hadir mengadakan lawatan kunjung hormat ke sekolah tersebut dan telah berjumpa pengetua sekolah tersebut. Pengarah juga telah menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta klinik dan telah disampaikan kepada pengetua sekolah.

Seramai 12 orang peserta telah ditawarkan untuk menjadi atlit pembangunan pelapis Negeri USPTN dan akan menjalani latihan pada Januari 2013.

Sekian, terima kasih

----
--LUTFI BIN ASIMANPEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERIUNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKAMAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment