Friday, November 16, 2012

LAPORAN LAWATAN PENGARAH MSN TERENGGANU KE PLN PERAHU LAYAR (15 NOVEMBER 2012)

Tarikh : 15 November 2012
Masa : 10.30 pg
Tempat : Kompleks Sukan Perahu Layar, Pengkalan Balak, Melaka

LAPORAN

Kompleks Sukan Perahu Layar Negeri Melaka telah dilawati oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ketua Unit USPTN Terengganu, Pengurus Sukan MSNT dan jurulatih pada 15 November 2012 di Pengkalan Balak. Kehadiran tetamu disambut oleh JPM USPTN Melaka iaitu En.Khambali seterusnya membawa tetamu lawatan ke seluruh kawasan latihan perahu layar.

Lawatan ini juga turut dibantu oleh Ketua Unit USPTN Melaka dan SDO. Lawatan ini menguatkan ikatan silaturrahim yang terjalin dan menjadi sumber perkongsian ilmu di antara Negeri Melaka dan Terengganu.

Kunjungan tetamu seterusnya ke Dewan Tun Ali, Bukit Katil bagi menyaksikan Kejuaraan Silat Wanita Antarabangsa Piala Datin Seri Rosmah Sempena Sambutan Melaka 750 Tahun. Kesudian dan kehadiran tetamu melalui lawatan ini diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment