Thursday, March 17, 2016

LAPORAN KEM BAKAT SUKAN ANGKAT BERAT 1/2016 ( HARI KETIGA - 17 MAC 2016)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : Angkat Berat

TARIKH : 17 Mac 2016 (Khamis)

MASA : 7.00 pagi - 10.00 malam

TEMPAT : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan MSN Kelantan

KEHADIRAN :
1) En.Giam Fook Pang
2) En.Khairun Haled bin Masrom
3) Jurulatih - Pelapis Serantau / YOG / JSM Selangor, Kedah, Sabah, Johor
4) SDO - Selangor, Melaka, Sarawak, Kelantan, Pulau Pinang
5) Atlet (24 lelaki, 15 wanita)

LATIHAN : Latihan asas angkatan ( Light standing power snatch dan front squat - sesi pagi / light clean & jerk dan free exercise press - sesi petang)

UJIAN : -TIADA-

PERTANDINGAN : -TIADA-

KECEDERAAN : -TIADA-

PERALATAN : -TIADA-

PROGRAM BINAAN : Kem Bakat Angkat Berat 1/2016, Kota Bharu, Kelantan

ULASAN :

1. Sesi latihan dimulakan pada hari ketiga di PLN Angkat Berat MSN Kelantan dengan latihan asas angkatan snatch juga clean and jerk. Aktiviti dimulakan dengan senaman pagi dan pembahagian kumpulan mengikut kategori masing-masing dalam 12 kumpulan.

2. Bagi latihan acara snatch diketuai oleh En. Mohd Noor pada sesi pagi manakala sesi petang, acara clean & jerk diketuai oleh En. Noordin bersama bantuan jurulatih-jurulatih negeri.

3. Sesi malam diteruskan dengan aktiviti team building oleh Ketua Unit ISN Negeri Kelantan, Puan Shazarina yang merangkumi psikologi atlet dan diaplikasikan dalam bentuk permainan berkumpulan.

Laporan disediakan oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Angkat Berat

No comments:

Post a Comment