Friday, October 23, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT (20 OKTOBER 2015)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : ANGKAT BERAT

Tarikh : 20 Oktober 2015 (Selasa)

Masa : 6.15 petang

Tempat : Pusat Latihan Negeri Angkat Berat, Ayer Leleh

Kehadiran :

1. JSM (2 orang)

2. Atlet (2 orang)

LATIHAN

1. Snatch 

2. Clean & Jerk 

3. Checking postur belakang/ tangan / kaki semasa angkatan


UJIAN

-TIADA-


PERTANDINGAN

1. Kejohanan Interzon Peringkat Akhir 2015, Johor pada 12 hingga 15 November 2015.


KECEDERAAN

1. Seorang atlet mengalami kecederaan pada bahagian pinggang dan telah diberikan surat untuk menjalani rawatan di hospital kerajaan.


PERALATAN

1. Banyak plates yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Keperluan tambahan amat diperlukan.

2. Bar sedia ada yang telah banyak berkarat.

3. Memerlukan lori sewa untuk mengalihkan beberapa peralatan ke PLD Semabok untuk tujuan latihan.


PROGRAM BINAAN

-TIADA-


ULASAN

1. JSM memaklumkan untuk mendapatkan rawatan fisiologi yang lebih spesifik di ISN Bukit Jalil untuk rawatan susulan atlet yang mengalami postur tulang belakang di bahagian L4 dan L5.

2. Cadangan untuk mengadakan kem bakat / latihan pusat di kawasan Jasin untuk menarik minat atlet bagi sukan angkat berat pada musim cuti sekolah.

3. Memohon bantuan makanan tambahan kepada atlet di PLN kerana makanan tambahan merupakan keperluan asasi kepada setiap atlet.

4. Dimaklumkan lampu jalan di dalam kawasan dewan gimnastik / PLN angkat berat masih tidak berfungsi dan ada yang telah rosak.

5. Pengawal keselamatan yang sepatutnya bertugas mulai 7.00 ptg - 7.00 pg masih tidak datang mengikut jadual bertugas yang sepatutnya. Pengurus syarikat pengawal keselamatan datang pada jam 7.30 malam untuk memantau pekerjanya namun tiada kelibat pengawal keselamatan yang hadir sehingga selesai pemantauan yang dijalankan.


Laporan disediakan oleh :
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Angkat Berat Negeri Melaka

Tarikh : 23 Oktober 2015

No comments:

Post a Comment