Thursday, October 08, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT (6 OKTOBER 2015)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : ANGKAT BERAT

Tarikh : 6 Oktober 2015 (Selasa)

Masa : 6.30 petang

Tempat : Pusat Latihan Negeri Angkat Berat, Ayer Leleh

Kehadiran :

1. JSM ( 1 orang)

2. Atlet ( 1 orang)


LATIHAN

1. Squad / snatch 30kg

2. Clean & Jerk 5 set

3. Power Pull Snatch 

4. Postur angkatan tulang belakang / kaki / tangan dan angkatan


UJIAN

-TIADA-


PERTANDINGAN

1. Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan 2015, Dewan Jubli Intan, Segamat Johor pada 8 hingga 11 Oktober 2015.


KECEDERAAN

1. Seorang atlet memerlukan surat untuk menjalankan fisioterapi di hospital kerajaan memandangkan atlet tersebut mengalami sakit di bahagian pinggang.


PERALATAN

1. Banyak plates yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Keperluan tambahan amat diperlukan.

2. Bar sedia ada yang telah banyak berkarat.


PROGRAM BINAAN

-TIADA-


ULASAN

1. JSM memohon untuk mendapatkan sebuah khemah untuk tujuan latihan dan ditempatkan di PLD Semabok memandangkan atlet berlatih di kawasan perumahan dan menumpang gazebo pemilik salah seorang aibubapa atlet di situ.

2. JSM memohon surat untuk menjalankan fisioterapi untuk merawat atlet yang mengalami sakit pinggang.

3. Memaklumkan penundaan interzon akhir kepada tarikh yang lain iaitu 23 hingga 25 Oktober dan memaklumkan semula untuk diadakan klinik pengenalan semasa Hari Sukan Negara yang akan dijalankan pada 10 Oktober 2015 ini. Edaran borang kepada yang hadir untuk menarik minat mereka yang ingin menceburi sukan angkat berat.

6. JSM memohon untuk mengadakan TID secara lebih spesifik kerana hasil TID lepas adalah kurang memberangsangkan dan hambar.

7. Memohon bantuan makanan tambahan kepada atlet di PLN kerana makanan tambahan merupakan keperluan kepada setiap atlet tersebut.

8. JSM memaklumkan lampu jalan di dalam kawasan dewan gimnastik / PLN angkat berat tidak berfungsi dan ada yang telah rosak (seperti gambar yang dilampirkan)

9. Semasa pemantauan dijalankan pegawai dari syarikat pengawal keselamatan datang untuk memantau pekerja beliau, namun sehingga jam 7.45 petang, pengawal keselamatan yang seharusnya bertugas tidak hadir ke gimnasium (kawasan PLN Angkat Berat dan Gimnastik / Gimrama).

10. Untuk kejohanan yang akan dijalankan di Segamat, PLN menghantar seorang atlet sahaja.

Laporan disediakan oleh :
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Angkat Berat Negeri Melaka

Tarikh : 8 Oktober 2015

No comments:

Post a Comment