Thursday, June 25, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU (23 JUN 2015)

Sukan  : Wushu
Tempat : SJKC Ting Hua Cheng, Melaka
Tarikh   : 23 Jun 2015 (selasa)
Masa   : 9.00 mlm

Kehadiran :
- 1 SDO
- 1 JLN
- 1 JSM
- 2 JSM lantikan MSN Melaka
- 30 Atlet


LAPORAN :

  • Perjumpaan bersama JSM membincangkan mengenai beberapa perkara yang perlu diberi perhatian di pusat latihan dari segi keselamatan atlet dan kekurangan kemudahan peralatan latihan seperti trampoline dan peralatan asas latihan memandangkan bilangan atlet wushu kini semakin ramai.

  • 2 jurulatih (JSM) lantikan MSN Melaka sedang menjalani latihan dan telah memulakan tugas pada 1 Jun 2015. Jurulatih tersebut akan melatih atlet junior yang baru masuk dalam program.

  • Manakala untuk Jurulatih Luar Negara (JLN) dan 1 JSM Pelapis lebih memberi tumpuan kepada atlet senior dan atlet SUKMA 2016.

  • Pusat latihan yang sempit dan kurang selesa untuk menjalani latihan harian. Mohon cadangan pusat yang lebih baik.

  • Perbincangan bersama pihak persatuan wushu untuk menghantar 7 orang atlet yang terpilih menyertai pemilihan untuk Kejohanan World Junior 2015 pada 29 Jun 2015 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

  • Atlet pelapis sedang menjalani latihan bagi persiapan bagi menyertai kejohanan Wushu Dalam Negeri Melaka yang akan dianjurkan pada bulan Ogos nanti di SJK (C) Semabok, Melaka.

Sekian. Terima kasih


LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



No comments:

Post a Comment