Saturday, September 13, 2014

LAPORAN KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN SIRKIT 2/2014, BATU PAHAT JOHOR (HARI KEDUA)

SUKAN : MENEMBAK

TARIKH : 12 September 2014 (Jumaat)
MASA : 7.30 pagi hingga 5.00 petang
TEMPAT : Lapangsasar Menembak Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor
KEHADIRAN :
1) YBhg. Dato' Hj Ab Jalil Abdullah ( Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan Majlis Sukan Negara)

2) En. Muhammad Radzi b Hj Mohd Amin ( Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor)

3) En. Ng Kuang Wang ( Presiden Persatuan Menembak Johor)

4) En. S. Subramaniam ( Setiausaha Eksekutif Persatuan Menembak Kebangsaan)

5) JPM / JSM / Atlet - 94 orang

LATIHAN
10m Air Pistol Lelaki / Wanita

UJIAN
-TIADA-

PERTANDINGAN
10m Air Rifle Wanita

KECEDERAAN
-TIADA-

PERALATAN
-TIADA-

PROGRAM BINAAN
-TIADA-

ULASAN
1) Untuk makluman, kejohanan kali ini telah disertai oeh 10 buah negeri yang membabitkan seramai 94 peserta Rifle/ Pistol Lelaki dan Wanita.

2) Acara 10m Air Rifle Wanita dijalankan pada hari kedua selepas berlangsung acara 10m Air Rifle Lelaki pada 11 September 2014 dengan kemenangan kepada atlet negeri Pahang, Terengganu dan diikuti Selangor bagi acara individu. Bagi acara berpasukan telah dimenangi oleh negeri Pahang, Terengganu dan Johor. Atlet Melaka, Izzul Hazmi bin Rosli sekadar berada di tempat keempat individu dan keempat berkumpulan.

3) Bagi acara 10m Air Rifle Wanita pada 12 September 2014 pula, atlet dari negeri Pahang telah menjadi Johan diikuti Johor bagi tempat kedua dan ketiga. Acara berpasukan telah dimenangi oleh negeri Johor diikuti negeri Terengganu dan Pahang. Atlet berpasukan Melaka hanya berada di tempat keempat.

4) Sekitar jam 4.00 petang telah berlangsung majlis penyampaian hadiah yang telah disampaikan oleh En. Muhammad Radzi b Hj Mohd Amin, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor bagi acara Air Rifle Lelaki Individu dan Berpasukan. YBhg Dato' Hj Ab Jalil Abdullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan telah dijemput bagi menyampaikan hadiah bagi acara Air Rifle Wanita Individu dan Berpasukan serta sijil penyertaan dan penghargaan kepada negeri terlibat dan teknikal kejohanan pada kali ini. Presiden Menembak Negeri Johor juga dijemput untuk menyampaikan cenderamata kepada Ybhg Dato' Hj Ab jalil Abdullah sebagai kenangan.

5) Acara Air Pistol Lelaki dan Wanita akan diadakan pada 13 September 2014.

Sekian.

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH,
Noraishah bte Mohd Jamil
PPN SUKAN MENEMBAK

TARIKH : 13 September 2014

No comments:

Post a Comment