Tuesday, September 30, 2014

LAPORAN FITNESS TEST PLN SUKAN TENPIN BOLING BERSAMA ISN MELAKA (9 SEPTEMBER 2014)

Sukan : Tenpin Boling
Tempat : ISN Melaka, Stadium Hang Jebat, Melaka
Tarikh : 9 September 2014 (Rabu)
Masa : 5.00 ptg

Kehadiran :
1. Shahardi bin Hamzah (JSM)
2. 9 orang atlet (7 lelaki dan 2 wanita)


Program :

- Sesi taklimat kepada semua atlet mengenai program bersama pihak ISN Melaka yang diketuai oleh Mazwan bin Zainuddin (Pegawai Suaian Fizikal ) dan En. Mohamad Zahari bin Moostafa (Pegawai Fisiologi Senam). 

- Sesi latihan gym hari ini akan mengadakan ujian kecergasan (yoyo test) kepada semua atlet Boling Melaka.

- Turut hadir bersama Tuan Hj Ismail bin Abdol Jalil, Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka yang datang memantau atlet Boling Melaka menjalani ujian kecergasan tersebut. Tuan Pengarah telah memberi kata-kata semangat dan teguran kepada atlet boling agar lebih memberi penumpuan yang lebih semasa latihan dan perlu menunjukkan peningkatan prestasi untuk persiapan SUKMA  Sarawak 2016.

- Atlet Pelapis telah menyertai Kejohanan Sportexcel Junior Circuit GP Final 2014 yang telah diadakan di Sunway Pyramid, Selangor. 2 orang atlet telah layak menyertai Kejoahanan tersebut. Keputusan amat baik apabila Mohd Aidil bin Abdul Halim menduduki tempat ke-2 dan Jason menduduki tempat ke-6.



Sekian.


--
--
--
LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
ARAS BAWAH, STADIUM HANG JEBAT
PAYA RUMPUT KRUBONG, 75260 MELAKA.

No comments:

Post a Comment