Monday, April 21, 2014

LAPORAN PENYERAHAN BENDERA MELAKA KEJOHANAN NAG KE 50 OLEH YB EXCO KESIHATAN DAN SUKAN (5 APRIL 2014)

TARIKH : 5 APRIL 2014 ( SABTU)
TEMPAT : PUSAT AKUATIK HANG JEBAT, KRUBONG
MASA : 4.30 PM
KEHADIRAN : EXCO KESIHATAN DAN PEMBANGUNAN SUKAN MELAKA / JLN / WAKIL PERSATUAN / ATLET 40

LAPORAN

Pihak persatuan telah mengadakan satu majlis penyerahan bendera dan pakaian ringkas untuk memeriahkan lagi dan memberi semangat kepada para atlet sempena Kejohanan National Age Group ke 50 yang berlangsung pada 11 hingga 13 April 2014 di Pusat Akuatik Bukit Jalil. Seramai 17 orang atlet telah dipilih untuk meyertai ke kejohanan tersebut.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Ab Rahaman bin Hj Ab Karim, Exco Kesihatan dan Pembangunan Sukan Negeri Melaka dengan menyerahkan bendera Melaka dan sumbangan daripada penyumbang kepada kejohanan kali ini.

YB Datuk juga meninjau kawasan latihan dan melihat atlet menjalani latihan di pusat akuatik sebelum beliau meninggalkan majlis. Latihan dibawah bimbingan JLN dan JSM akan menyaksikan persaingan sengit dan pertaruhan hebat pada siri kali ini. Diharapkan atlet Melaka dapat menyumbangkan pingat dan mencipta rekod yang terbaik untuk negeri ini.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Renang 

21 April 2014

No comments:

Post a Comment