Thursday, April 24, 2014

LAPORAN KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 1/2014 - HARI PERTAMA (MEMANAH)

Sukan : Memanah
Tempat : Padang Politeknik Tuanku syed Sirajuddin, Arau, Perlis
Tarikh : 23 April 2014

Untuk makluman, Majlis Sukan Negara, Bahagian Acara dengan kerjasama USPTN Perlis sedang menganjurkan Kejohanan Karnival Remaja Kebangsaan Siri 1/2014 yang diadakan bermula pada 22 hingga 27 April 2014 melibatkan 8 jenis sukan dipertandingkan.

Pasukan Melaka mengambil bahagian dalam 6 jenis sukan iaitu angkat berat, memanah, menembak, olahraga, silat olahraga dan basukal BMX.

Jadual 23/4/14:

08.00 - 12.30 Latihan Rasmi
10.30 - 00.00 Mesyuarat Pengurus Pasukan
11.30 - 00.00 Pemeriksaan Peralatan
14.30 - 16.30 Latihan Rasmi


LAPORAN :

- atlet telah menjalani latihan rasmi dari pagi hingga ke petang dalam keadaan tempat pertandingan yang amat memuaskan yang disediakan oleh pihak penganjur.

- Pada mesyuarat pengurus pasukan ada berubahan jadual dibuat oleh pihak penganjur dengan memendekkan masa pertandingan. Kejohanan bermula pada esok dan akan tamat pada 26hb April 2014.

- Perubahan jadual yang lebih padat akan menyebabkan atlet akan lebih teruji dengan tahap mental dan fizikal untuk mengharungi kejohanan dalam keadaan cuaca yang amat panas di Perlis.

- 2 atlet Memanah Melaka iaitu Khairulnisa dan Iman Aisyah telah terpilih dalam Kem T20, Program Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara yang akan diadakan pada 28 hingga 30 April 2014 di Janda Baik, Pahang.

- Perjumpaan bersama atlet dan jurulatih disebelah malam bagi membincang dan menerangkan mengenai program pada esok hari dan menilai tahap prestasi atlet semasa menjalani sesi latihan rasmi pada sebelah pagi dan petang hari ni.


Sekian, terima kasih.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment