Wednesday, July 17, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN RENANG (16 JULAI 2013)

PEMANTAUAN PLN AKUATIK - RENANG

Tarikh : 16 Julai 2013 ( Selasa)
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka
Masa : 5.30 pm
Kehadiran : JLN, JSM, Atlet ( Lelaki 13, Perempuan 12)

LAPORAN

Ketika pemantauan dijalankan, latihan sedang giat dijalankan dibawah seliaan JLN baru, En. Wang Ligeng yang menggantikan JLN sebelum ini En. Pan Zilun yang telah menamatkan kontrak beliau bulan Mac yang lalu. JLN tersebut telah menjalankan latihan selama seminggu bermula pada 1 Julai yang lalu dan turut dibantu oleh JSM dan beberapa sukarelawan daripada ahli persatuan.

Program yang diberikan juga dipelbagaikan kepada atlet-atlet dan JLN tersebut sedang dalam proses penyesuaian atlet dan persekitaran. Untuk makluman, JLN tersebut berasal daripada Hebei, China.

Di bulan Ramadhan ini, latihan tetap dijalankan seperti biasa namun diberikan sedikit kelonggaran kepada atlet muslim di mana mereka dibenarkan untuk menamatkan latihan pada jam 6.00 petang setiap hari.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Akuatik - Renang

No comments:

Post a Comment