Friday, July 19, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TENPIN BOLING (17 JULAI 2013)


Sukan : Boling
Tempat : MiBC Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 17 Julai 2013
Masa : 5.30 ptg

Kehadiran :
1 JSM
8 atlet (4L & 4W)

Sempena Hari Ramadhan ini latihan boling USPTN dijalankan seperti biasa dengan menjalani latihan pada setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu. Hanya masa diawalkan bermula pada jam 4.30 - 6.30 petang. Latihan pada Bulan Puasa ini hanya diberi latihan ringan dan tidak terlalu membebankan atlet dalam sesi latihan disamping atlet menunaikan ibadat puasa.

Beberapa Atlet telah memohon penangguhan latihan dan menyertai kejohanan bagi menumpukan dalam pelajaran kerana akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM dalam masa terdekat.

Pada 29 hinggan 31 Ogos USPTN Melaka akan menyertai SPORTEXCEL-NSC-MILO-MTBC JUNIOR CIRCUIT - PENANG LEG yang akan diadakan di Seberang Perai, Pulau Pinang. Seramai 8 atlet sahaja yang akan menyertai Kejohanan tersebut.

Setakat 5 sirkit yang telah disertai Oleh Atlet Melaka seramai 4 orang atlet sahaja yang kini dalam kelompok yang akan layak ke GP Final mengikut kategori masing-masing. 

Sekian, 


No comments:

Post a Comment