Friday, April 05, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN LAWN BOWLS ( 19 MAC 2013)

PEMANTAUAN PLN SUKAN LAWN BOWLS ( BOLING PADANG ) MELAKA

Tarikh   :  19 Mac 2013 ( Selasa )
Masa     : 6.00pm
Tempat : PLN Gelanggang Lawn Bowls, Pusat Sukan Hang Jebat, Krubong, Melaka.

KEHADIRAN

1. En. Roslan bin S. Ismail ( Presiden Persatuan Lawn Bowls Melaka )
2. Coach Rozali bin Md. Nor - JSM
3. Atlet - 8 Atlet , 4 Atlet (L) , 4 Atlet (P)

Latihan yang dijalankan adalah Lawn Bowls Single ( latihan untuk menghadapi kejohanan ). Persatuan akan memohon beberapa set bola lawn bowls yang baru memandangkan set Lawn Bowls yang sedia ada hampir tamat tarikh luput. Program TID ( Program Pengenalan ) dan seterusnya Lawn Bowls Rules akan di jalankan di Pusat Sukan Hang Jebat bawah 15 tahun untuk sekolah-sekolah berdekatan sekitar tempat latihan dalam masa terdekat. Perkembangan atlet yang mengalami kemalangan pada 10 Jan 2013 lepas  iaitu Mohd. Effendi Shah bin Abu Bakar ( atlet sedang beransur pulih dan melakukan pemeriksaan mengikut jadual doktor).Insurans kemalangan dituntut dan borang tersebut masih dalam proses di pihak atlet.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

Meor Hussein bin Mat Ali
SDO Sukan Boling Padang USPTN Melaka

No comments:

Post a Comment