Wednesday, April 17, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN AUDIT PROGRAM PENGURUS KE USPTN MELAKA BAGI SUKAN WUSHU (9 APRIL 2013)

Tarikh : 9 April 2013 (Selasa)
Tempat : SJK (C) Cheng, Melaka
Masa : 8.00 malam
Kehadiran : Pegawai MSN, Ketua Unit USPTN Melaka, SDO, Setiausaha Persatuan, JLN, JSM, Atlet seramai 29 orang

LAPORAN

Pemantauan oleh Pegawai daripada Majlis Sukan Negara telah dijalankan bermula dari hari Isnin hingga Rabu di semua premis latihan negeri di Melaka bagi memastikan kelancaran latihan disamping mengenalpasti masalah yang dialami di semua pusat latihan negeri.

Pihak persatuan dan pentadbiran USPTN Melaka menyambut baik kedatangan beliau dan memantau ke semua PLN di negeri ini.

Semasa pemantauan dijalankan, atlet- atlet Wushu negeri Melaka sedang bertungkus lumus bagi persiapan ke Kejohanan Wushu KPM yang akan diadakan di Ipoh, Perak dan dijangka berlepas pada 12 April ini.

Pemantauan berakhir sekitar jam 9.30 malam.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Wushu

No comments:

Post a Comment