Wednesday, October 24, 2012

LAPORAN TEMUDUGA JSM BAGI PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA (24 OKTOBER 2012)

Dimaklumkan bahawa Majlis Sukan Negeri Melaka bersama Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka telah mengadakan 1 sesi temuduga Jurulatih Separuh Masa bagi Sukan Bolasepak dibawah Program Pembangunan Boalsepak Negara yang telah diadakan pada 24 Oktober 2012 bertempat di Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.

Seramai 6 peserta dari kalangan guru yang telah disenarai pendekkan oleh penyelaras pembangunan unit sukan bolasepak JPM bagi menghadiri temuduga tersebut.

Panel temuduga terdiri daripada Ketua Jurulatih Penuh Masa program pembangunan bolasepak Negara, Negeri Melaka, Penyelaras bolasepak Majlis Sukan Negeri Melaka dan Penyelaras bolasepak unit sukan JPM.

Tujuan temuduga tersebut bagi mencari seorang JSM yang berkelayakkan untuk ditempatkan di Pusat Latihan bolasepak Negeri Baru yang akan dibuka di SK Bukit Rambai, Melaka.

Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman
PPN Bolasepak
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment