Saturday, October 13, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN LAWN BOWLS (11 OKTOBER 2012)

PEMANTAUAN PLN SUKAN LAWN BOWLS ( BOLING PADANG ) MELAKA

Tarikh   :  11 Oktober 2012 ( Khamis )
Masa     : 6.00pm
Tempat : PLN Gelanggang Lawn Bowls, Pusat Sukan Hang Jebat, Cheng, Melaka.

KEHADIRAN

1. En. Roslan bin S. Ismail ( Presiden Persatuan Lawn Bowls Melaka )
2. Coach Rozali bin Md. Nor - JSM
3. Atlet - 8 Atlet , 4 Atlet (L) , 4 Atlet (P)

Latihan yang dijalankan adalah Lawn Bowls Fours ( latihan untuk menghadapi kejohanan ).Kejohanan yang bakal berlangsung adalah Kejohanan Lawn Bowls Kebangsaan Fours 2012 di Green Lawn Bowls Kangar, Perlis ( 16-19 Oktober 2012 ) dan Pertandingan 'Monthly Medal' Tahun 2012 Persatuan Lawn Bowls Negeri Melaka- Single di Gelanggang Lawn Bowls, Pusat Sukan Hang Jebat, Cheng, Melaka. Persatuan akan memohon 10 set bola lawn bowls yang baru memandangkan set Lawn Bowls yang sedia ada hampir tamat tarikh luput. Program TID ( Program Pengenalan ) dan seterusnya Lawn Bowls Rules akan di jalankan di Pusat Sukan Hang Jebat bawah 12 tahun untuk sekolah-sekolah berdekatan sekitar tempat latihan dalam masa terdekat Latihan berjalan dengan baik. Kehadiran agak merosot kerana ada di kalangan atlit yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM tahun 2012.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

Meor Hussein bin Mat Ali
SDO Sukan Boling Padang USPTN Melaka
Tarikh : 12/10/2012

No comments:

Post a Comment