Sunday, December 04, 2011

Pertandingan Gimnastik Artistik Sportexcel Kebangsaan Sirkit 2/2011

USPTN/MSN Melaka telah menghantar pasukan Gimnastik Artistik di Kejohanan Sportexcel Kebangsaan Sirkit 2/2011 pada 2-4 Disember 2011 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Seramai 5 atlet dan 2 jurulatih terlibat dalam kejohanan tersebut. Pasukan Melaka telah memenangi pingat sebanyak 3 Perak dalam acara berpasukan, horizontal bar dan belance beam manakala 2 gangsa dalam acara individu keseluruhan dan vault.

Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman

Kejohanan Tertutup Memanah USPTN/MSN Negeri Melaka 2011

Sukacita dimaklumkan USPTN Melaka, Majlis Sukan Negeri Melaka sedang mengadakan Kejohanan Tertutup Negeri Melaka yang diadakan pada 4 Disember 2011 (hari ini) bermula masa-9am, format yang dipertandingkan -kat 2(50&30m) bagi ketagori bawah 16 tahun dan 15 tahun (lelaki & wanita) bertempat diLapang Sasar, Ayer Keroh, Melaka.

Seramai 30 atlet mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan.

Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman

Saturday, December 03, 2011

Pemantauan PLN Sepaktakraw pada 3/12/11

Pemantauan dibuat pada jam 9.30 malam dan sesi latihan sedang dijalankan. Seramai 14 atlet dan seorang jurulatih iaitu en Abu Basrah Ahmad.

Latihan pada hari ini bermula jam 8.45 mlm dan tamat pada jam 11.30 malam. Latihan litar dilaksanakan bagi memberi kekuatan fizikal dan tahap kecergasan atlet seperti lari ulang alik, tekan tubi, lompat kanggro dan banyak lagi..

Persiapan gelanggang pada hari ini lebih tertumpu pada acara double bagi mendapatkan keserasian dan latihan tubi servis.

Sepaktakraw Melaka akan menyertai Karnival Pelapis Sirkit 2/2011 pada 6 hingga 12 Disember 2011. Penyertaan atlet seramai 11 org dan seorang jurulatih dan akan mengambil bahagian dalam acara regu bawah 21 dan 18 tahun serta acara double bawah 21 tahun.

Sekian
Laporan dari Lutfi Asiman
Sdo Sepaktakraw

Latihan bersama dan perlawanan persahabatan dgn kelab Ikan bilis, Ipoh Swimming Club dan Pinang swimming club

Tarikh : 2- 5 Nov 2011

Program ini dijalankan selama 3 hari dan seramai 22 atlit ,14 ibu bapa dan 4 pegawai dari Melaka telah menyertai program ini. Hari pertama latihan bersama dijalankan dgn Kelab Renang Ikan Bilis di Kuala lumpur. Hari kedua dan ketiga perlawanan persahabatan dijalankan di kolam Ipoh Swimming Club.