Friday, January 28, 2011

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH & AUDIT PERALATAN MEMANAH SUKAN MALAYSIA XIII, MELAKA 2010 (28 JANUARI 2011)



SEKITAR PEMANTAUAN SUKAN MEMANAH & PENGAUDITAN PERALATAN MEMANAH SUKAN MALAYSIA XIII MELAKA 2010

En Lutfi bin Asiman (SDO) bersama audit Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Sekretariat Sukan Malaysia XIII, Melaka 2010 telah menjalankan pemantauan dan mengaudit peralatan memanah Sukan Malaysia yang kini digunakan oleh Atlet Sukan Malaysia dan Pelapis Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Melaka pada 24 Januari 2011 di Pusat Latihan Lapang Sasar Memanah, Ayer Keroh Melaka.

Untuk makluman, semua peralatan memanah yang digunakan semasa Sukan Malaysia XIII, Melaka yang lalu akan diserahkan kepada Majlis Sukan Negeri Melaka dalam satu majlis penyerahan peralatan Sukan Malaysia oleh Y.A.B Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam  Ketua Menteri Melaka yang dijangka pada 8 Februari 2011.

No comments:

Post a Comment