Saturday, December 03, 2011

Pemantauan PLN Sepaktakraw pada 3/12/11

Pemantauan dibuat pada jam 9.30 malam dan sesi latihan sedang dijalankan. Seramai 14 atlet dan seorang jurulatih iaitu en Abu Basrah Ahmad.

Latihan pada hari ini bermula jam 8.45 mlm dan tamat pada jam 11.30 malam. Latihan litar dilaksanakan bagi memberi kekuatan fizikal dan tahap kecergasan atlet seperti lari ulang alik, tekan tubi, lompat kanggro dan banyak lagi..

Persiapan gelanggang pada hari ini lebih tertumpu pada acara double bagi mendapatkan keserasian dan latihan tubi servis.

Sepaktakraw Melaka akan menyertai Karnival Pelapis Sirkit 2/2011 pada 6 hingga 12 Disember 2011. Penyertaan atlet seramai 11 org dan seorang jurulatih dan akan mengambil bahagian dalam acara regu bawah 21 dan 18 tahun serta acara double bawah 21 tahun.

Sekian
Laporan dari Lutfi Asiman
Sdo Sepaktakraw

No comments:

Post a Comment