Monday, October 17, 2011

Pemantauan PLN Sepaktakraw pada 17/10/11 jam 9.30 mlm

Pemantauan latihan PLN Sepaktakraw pada 17 Oktober 2011 (Isnin) jam 9.30 malam di Dewan MSN Seri Kota. Kehadiran 14 org atlet dan seorang jurulatih En. Abu Basrah Ahmad.

Latihan penyesuaian regu melibatkan regu bawah 21 dan bawah 18 tahun bagi persiapan ke Kejohanan Sepaktakraw Pelapis 2011 yang dianjurkan oleh MSN/USPTN Selangor pada 20 hinggga 23 Oktober 2011 bertempat di Petaling Jaya, Selangor.

Masalah yang dihadapi adalah kekurangan bola takraw menganggu sesi latihan harian. Hampir 20 biji bola telah pecah dan tidak boleh digunakan lagi. Kini hanya tinggal 10 biji sahaja bola takraw.

Sesi latihan bagi persiapan ke kejohanan telah dijalankan pada 13/10 dan akan tamat pada 19/10/2011 (setiap hari) bermula jam 9 - 11.30 malam.

Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman
PPN Sukan Sepaktakraw
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment