Friday, October 21, 2011

Hari Pertama Kejohanan Sepaktakraw Pelapis Negeri 2011, Petaling Jaya Selangor

Pasukan PLN Melaka sedang menyertai Kejohanan Sepaktakraw Pelapis Negeri 2011 yang dianjurkan oleh MSN/USPTN Selangor bermula pada 20 hingga 23 Oktober 2011 bertempat di Petaling Jaya, Selangor.

Melaka telah menghantar seramai 8 atlet, 2 jurulatih dan 2 pegawai ke kejohanan tersebut. Melaka menyertai ketegori bawah 21 tahun (acara regu dan double) manakala bawah 18 tahun tidak dapat menyertai disebabkan bertindih 3 kejohanan pada tarikh yang sama iaitu di Selangor, Kelantan dna Negeri Sembilan.

Keputusan pasukan pada hari pertama kejohanan (20/10/11) di peringkat kumpulan dalam acara double Melaka menewaskan N.Sembilan 3-2, manakala acara regu Melaka tewas kepada Kelantan 1-3.

Esok Melaka akan bertemu Pulau Pinang bagi acara double dan N.Sembilan dalam acara regu.

Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman
SDO Sepaktakraw
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment