Thursday, July 09, 2015

LAPORAN PENCARIAN BAKAT BARU (TID) SUKAN OLAHRAGA / SKUASY / LAWN BOWLS (15 - 16 JUN 2015)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : OLAHRAGA / SKUASY

Tarikh : 15 - 16 Jun 2015 (Isnin - Selasa)

Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari

Tempat : SMK Tun Hj Abd Malek (15 Jun 2015) / SK Batu Berendam 2 (16 Jun 2015)

Kehadiran :

1. SDO ( 5 orang)

2. Pegawai ISN Melaka dan ISN Bukit Jalil

3. Atlet ( 150 orang setiap sekolah)


ULASAN

1. Pencarian bakat baru bagi sukan Olahraga dan Skuasy dijalankan serentak dengan sukan Lawn Bowls di dua buah sekolah dalam masa 2 hari berhampiran dengan venue latihan. Penyertaan atlet / murid di setiap sekolah yang dikunjungi dapat dikumpulkan seramai 150 orang dengan kerjasama baik daripada pihak sekolah.

2. Program carian bakat ini telah mendapat kerjasama yang baik dengan bantuan pegawai ISN Melaka dan ISN Bukit Jalil dengan aktiviti-aktiviti mengikut spesifikasi sukan yang di uji seperti shuttle run, high n reach, panjang depa, tinggi dan berat, yo-yo test, throw ball, long jump dan lain-lain lagi.

3. Jamuan ringan disediakan kepada semua peserta terlibat dan tiada sebarang kecederaan serius berlaku sepanjang program ini dilaksanakan.


Laporan disediakan oleh :
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Olahraga, Skuasy Negeri Melaka

Tarikh : 9 Julai 2015

No comments:

Post a Comment