Tuesday, June 24, 2014

LAPORAN KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON SELATAN SUKAN MENEMBAK SIRI 2/2014 (HARI PERTAMA)

Sukan : MenembakTarikh : 20 Jun 2014 ( Jumaat)
Tempat : Lapangsasar Menembak Batu Pahat, Johor


LAPORAN

Pasukan Menembak Melaka berkumpul dan bertolak dari Majlis Sukan Negeri Melaka jam 10.45 pagi menghala ke Lapangsasar Menembak Batu Pahat. Seramai 11 orang atlet bersama seorang JLN, pengurus pasukan dan pegawai.

Pasukan selamat tiba di Batu Pahat jam 3.00 petang selepas solat Jumaat, makan dan check in di penginapan berdekatan dengan lapangsasar.

Latihan dijalankan dan taklimat diberikn kepada semua atlet terlibat yang membabitkan 3 negeri selatan.

Mesyuarat pengurus dijalankan jam 6.00 petang. Rumusan dari mesyuarat dijalankan, acara Air Pistol Lelaki dan Wanita akan diadakan pada 21 Jun 2014 manakala bagi acara air rifle lelaki dan wanita diadakan serentak pada 22 Jun 2014. Penyampaian hadiah akan diadakan sejurus selepas tamat acara pada 22 Jun 2014.

Sekian.



No comments:

Post a Comment