Wednesday, December 04, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK ( 17 NOVEMBER 2013)

PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 17 November 2013 ( Ahad)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh
Masa : 11.30 pg
Kehadiran : JLN, Atlet ( 4 Orang)

LAPORAN

Ketika pemantauan dijalankan, PLN telah menerima kunjungan JPM Johor iaitu Encik Subari yang juga merupakan teknikal bagi Kejohanan Remaja Bawah 16 Tahun Sirkit 2/2013 yang akan diadakan di negeri ini pada 17 hingga 21 Disember 2013 ini. Tujuan kunjungan beliau adalah untuk melihat kawasan lapangsasar untuk dibaiki juga memastikan kejohanan lebih lancar. Turut menemani beliau iaitu teknikal daripada Persatuan Menembak Melaka, Mr. Richard untuk bersama - sama melihat dan memeriksa kawasan sebagai persiapan kejohanan itu nanti.

Latihan juga dijalankan seperti biasa oleh JLN dengan kehadiran atlet yang kurang memberangsangkan kerana peperiksaan SPM masih lagi dijalankan.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

No comments:

Post a Comment