Sunday, October 20, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU (16 OKTOBER 2013)

PEMANTAUAN PLN WUSHU

Tarikh : 16 Oktober 2013
Tempat : SJK (C) Cheng, Melaka
Masa : 7.00 pm
Kehadiran : JLN, JSM, Atlet (23 orang)

LAPORAN

Latihan dijalankan seperti biasa pada hari ini dengan pemantauan yang berterusan oleh JlN dan JsM bagi membetulkan rutin atlet. Latihan persediaan untuk mengadakan persembahan di Genting International Convention Centre pada 5 dan 6 November ini sempena ulangtahun ke 21 Malaysia Chiyang Associates Bersama The World Ko & Tsai Relation's Association.

Pemantauan hari ini ditemani oleh Setiausaha Kehormat persatuan bagi urusan serahan surat lantikan SUKMA 2014 dan borang soal selidik untuk diisi oleh atlet daripada pelajar UiTm Shah Alam dalam kajian beliau mengenai sukan mempertahankan diri.

Selain itu pemantauan hari ini membincangkan bersama setiausaha dan jurulatih mengenai dewan latihan yang dipohon daripada Jabatan Belia Sukan Melaka di Krubong untuk menempatkan karpet kekal latihan.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Wushu

No comments:

Post a Comment